Monday 1 August 2016

Projek Latihan Industri sebagai pelajar estet Institut Pertanian Sarawak



LATAR BELAKANG PROJEK / PENYELENGGARAAN


            Sepanjang amali di ladang dijalankan, kami telah melakukan banyak aktiviti penyelenggaraan di tempat-tempat penanaman.Antara tempat-tempat penanaman tersebut termasuklah di kebun getah, kebun kelapa sawit, kebun koko, kebun lada dan kebun mata tunas.Setiap kawasan tersebut perlu diuruskan dan diselenggara untuk mengekalkan kesuburan dan pertumbuhan tanaman.
            Kawasan yang pertama ialah kebun getah.Kebun getah ini terletak di Unit Tanaman Industri.Kawasan ini mempunyai keluasan iaitu 4.2 hektar dan terdapat sebanyak 1,600 pokok getah sudah ditanam yang mempunyai 3 blok iaitu blok A, B, dan C. Klon yang ditanam ialah RRIM 712, RRIM 600, PR 261 dan PB 260. Kawasan kebun mata tunas pula berhampiran dengan kebun getah. Pokok mata tunas ini telah ditanam pada tahun 2013 dengan keluasan 0.75 hektar dan klon yang ditanam ialah RRIM 929, RRIM 928, RRIM 2023, RRIM 3001, RRIM 2025 dan PB 350. Kawasan ini ditubuhkan berhampiran mungkin untuk memudahkan aktiviti penjagaan getah. Jumlah pokok mata tunas pada mula-mula ditanam ialah sebanyak 360 pokok dan jumlah tersebut telah berkurangan disebabkan banyak yang sudah mati.
            Selain itu, kami juga melakukan aktiviti penyelenggaraan di kebun kelapa sawit.Kawasan kebun kelapa sawit berkeluasan 2.03 hektar dan mempunyai beberapa blok iaitu Blok A, B, C, D dan E. Jumlah pokok kelapa sawit di kesemua blok ialah 283 pokok. Penanaman anak pokok kelapa sawit di tanah yang baru dibuka yang berhampiran dengan Blok A akan menambahkan lagi jumlah pokok kelapa sawit. Sebanyak 29 anak pokok kelapa sawit yang baru telah ditanam di kawasan tersebut.Penjagaan yang rapi perlu dilakukan terhadap pokok tersebut untuk mengekalkan kesuburan dan mutu buah yang dihasilkan oleh pokok tersebut suatu hari nanti.
            Kawasan yang seterusnya ialah di kebun lada.Kawasan bagi tanaman lada ada dua tempat iaitu berhampiran dengan tanaman koko dan di Unit Tanaman Industri.Akan tetapi kawasan kebun lada hitam di Unit Tanaman Industri tidak diusahakan lagi. Sebanyak 400 pokok lada telah ditanam pada tahun 2007 dan sebanyak 200 sahaja yang masih hidup dan dijaga sampai sekarang. Keluasan bagi kawasan tanaman lada sekarang ialah 0.02 hektar.Jumlah tersebut akan bertambah disebabkan oleh pembukaan kawasan yang baru bagi menambahkan lagi jumlah pokok lada tersebut pada masa akan datang.
            Di samping itu, kami juga melakukan aktiviti penyelenggaraan di unit koko yang berhampiran dengan tanaman lada.Keluasan kawasan tersebut ialah 0.31 hektar.Jumlah pokok koko yang ditanam pada tahun 2007 ialah sebanyak 400 pokok.Jumlah ini telah bertambah hasil daripada penaman pokok yang baru pada tahun 2014 sebanyak 470 pokok. Akan tetapi jumlah tersebut semakin berkurang kerana pokok tersebut telah banyak yang sudah mati.Akibat daripada itu, kawasan tersebut telah dibersihkan untuk digunakan bagi penanaman lada.
 Antara Projek yang Diamanahkan Kepada Saya.

Bil
Kategori
1
Getah
2
Kelapa sawit







 Keterangan Setiap Projek

1. Inventori tanaman getah


Inventori tanaman penting dalam sesuatu perladangan seperti ladang getah, sawit, koko, dan tanaman lain. Proses inventori sesuai dilakukan di semua sektor perladangan yang dijalankan, tidak kira kecil atau besar sesuatu ladang tersebut mahupun sekadar kebun kecil.
Bagi tanaman getah, inventori tanaman dilakukan adalah untuk mengetahui jarak tanaman, jumlah tanaman di setiap satu ladang, keluasan tanah yang di gunakan, jenis klon yang ditanam, bagaimanakah kontur di setiap tanaman dan jenis sistem yang digunakan untuk menanam tanaman getah.
Pemahaman tentang sesuatu ladang dapat diketahui apabila proses inventori telah selesai dan berjaya dilakukan. Setelah aktiviti inventori dilakukan, peta dan kedudukan kebun getah dapat dilakarkan dalam kertas kerja untuk kegunaan dan kefahaman dalam membuat sebarang aktiviti.



 

Keterangan aktiviti.

Pada 2/7/2015, hari khamis, pada pukul 8.00 pagi yang bertempat di unit tanaman industri iaitu di kebun getah institut pertanian Sarawak, aktiviti membuat inventori kebun getah telah dijalankan oleh para pekerja yang diketuai oleh seorang penyelia, 6 mandur dan 24 orang pekerja(TKI).
Aktiviti pertama yang dilakukan adalah menyukat di antara pokok getah dan di antara barisan pokok getah untuk menentukan jarak dan cara tanaman yang digunakan semasa menanam pokok getah tersebut. Kebun getah tersebut terbahagi kepada tiga blok iaitu blok A,B dan C.
Pengiraan jumlah pokok dalam setiap blok juga wajib dilakukan supaya jumlah kesemua pokok hidup, jumlah pokok mati, pokok yang terbantut dapat dikenalpasti.
Hasil daripada inventori yang dijalankan, sebanyak 337 pokok getah di blok A, 365 pokok di blok B, dan 305 pokok di blok C. Dari hasil kajian, kesemua pokok getah mula ditanam pada tahun 1988 dan mula ditoreh pada 11 Mei 1999 sehinggalah sekarang. Antara klon getah yang terdapat dalam kebun tersebut ialah RRIM 3001, RRIM 2023, RRIM 928, RRIM 929, dan RPB 330 dengan keluasan tanaman seluas 4 hektar.

KOS YANG TERLIBAT
  • Hari bekerja : 26 hari.
  • Masa bekerja :8 jam/hari
  • (2 jam masa bekerja)
  • Penyelia 1 orang, mandor 6 orang, pekerja(TKI) 24 orang.

Kos buruh:
a)
Penyelia
:
RM 1,300 / bulan
RM50.00/ hari (2jam=RM 12.50)
b)
Mandur
:
RM 32.77 / hari (2jam=RM 8.20)



Mandur 6 orang



RM 8.20 × 6 orang = RM 49.20
c)
Pekerja (TKI)
:
RM 31.00 / hari(2jam=RM 7.75)



TKI 24 orang



RM 7.75×24 = RM 186.00
d)
Jumlah keseluruhan

Kos A + kos B + kos C =

RM 12.50+ RM 49.20+ RM 186.00 = RM247.70



 

Perbincangan.

      Membuat iventori pokok getah adalah bertujuan untuk mengetahui jarak tanaman getah.Dengan mengetahui jarak tanaman getah ialah untuk memastikan tanaman getah tersebut ditanam dengan jarak yang betul mengikut standard tanaman getah.
Jarak tanaman getah adalah untuk memadatkan tanaman di setiap satu ladang. Jarak yang digunakan untuk tanaman getah ialah 30 kaki antara baris dan 9 kaki antara pokok ( 30’   9’ ) jika jarak tanaman getah terlalu rapat maka dahan getah akan bertemu menyebabkan kawasan tanaman getah akan sempit. Jika tanaman getah terlalu jarang ini menyebabkan berlakunya pembaziran kawasan.
Sistem tanaman yang digunakan adalah sistem segi empat.Sistem ini bertujuan untuk memadatkan kawasan tanaman dan mengelakan berlakunya pembaziran kawasan tanaman. Jika sistem tanaman tidak digunakan ini mnyebabakan tanaman getah ditanam menjadi bertaburan di sana sini dengan tidak mengikut baris dan antara pokok.
Mengira semua jumlah tanaman adalah untuk mengetahui jumlah tanaman getah hidup dan mati.Jika tidak mengira jumlah keseluruhan getah ini menyebabkan tidak tahu berapa jumlah tanaman getah mati dan hidup.
  


2. Pembersihan kawasan di kebun kelapa sawit.

            Pembersihan kawasan daripada rumpai di kebun kelapa sawit perlu kerap dilakukan supaya tidak mudah baginya untuk tumbuh semula.Usaha ini dapat mengurangkan kesan persaingan rumpai ke atas pokok kelapa sawit dan tanaman penutup bumi.Kawalan rumpai diperlukan untuk mengawal rumpai yang tumbuh di kawasan antara barisan dan rumpai yang hidup sepanjang baris tanaman atau teres.
            Kawasan yang tidak ditanam dengan kekacang penutup bumi sudah pasti akan ditumbuhi rumpai yang memerlukan pengawalan minimum. Rumpai seperti ini perlu dikawal secara manual seperti menebas atau mencabut menggunakan tangan supaya ianya tidak mengganggu pertumbuhan kelapa sawit dan tanaman penutup bumi.
            Selain daripada membersihkan kawasan daripada rumpai, kawasan tersebut juga perlu bersih daripada sisa-sisa tumbuhan seperti tunggul kayu, akar kayu, ranting-ranting kayu dan sebagainya. Pembersihan ini akan menyenangkan proses pengawalan rumpai menggunakan mesin pada masa akan datang.



Keterangan aktiviti.
            Pada mulanya, penyelia mengarahkan pekerja dan membahagi kepada beberapa kumpulan untuk aktiviti pembersihan kawasan di kebun kelapa sawit.Sebelum memulakan aktiviti tersebut, peralatan haruslah disediakan terlebih dahulu oleh para pekerja.Pembersihan kawasan di kebun kelapa sawit juga terbahagi kepada beberapa kerja iaitu merumpai dan membuang tunggul-tunggul kayu.Dengan ini, aktiviti merumpai dilakukan untuk mengelakkan persaingan antara rumput penutup bumi.
            Selain itu, membuang tunggul juga dilakukan bagi memudahkan aktiviti penyelenggaraan dilakukan pada masa akan datang. Seterusnya, rumpai dan kayu dikumpul dan dibuang ke tempat yang disediakan.Setelah pembersihan kawasan selesai dilakukan, pekerja diarahkan pulang.

KOS YANG TERLIBAT
  • Hari bekerja : 26 hari.
  • Masa bekerja :8 jam/hari
  • (4 jam masa bekerja)
  • Penyelia 1 orang, mandor 6 orang, pekerja(TKI) 22 orang.
Kos buruh
a)
Penyelia
:
RM 1,300/bulan
RM50.00/hari(4jam=RM25.00)
b)
Mandur
:
RM 32.77 / hari(4jam=RM16.40)



Mandur 6 orang



RM 32.77 × 6 orang = RM 98.40
c)
Pekerja (TKI)
:
RM 31.00 / hari = (4jam=RM15.50)



TKI 22 orang



RM 15.50× 22 = RM 341.00
d)
Jumlah keseluruhan

Kos A + kos B + kos C =

RM 25.00 + RM 98.40 + RM 341.00 = RM 464.40




Perbincangan.
Tujuan pembersihan kawasan adalah untuk membersihkan kawasan daripada sebarang rumpai atau tungggul yang tidak digunakan.Ini adalah kerana agar tanaman tidak bersaing makanan dengan rumpai atau tunggul yang menghalang cahaya matahari.Kami melakukan permbersihan kawasan menggunakan tajak dan parang.Tetapi di sini kami menghadapi beberapa masalah ketika melakukan aktiviti pembersihan iaitu peralatan yang sentiasa tidak mencukupi, permukaan tanah yang tidak sekata dan tunggul kayu yang sukar dibuang.Masalah-masalah ini dapat diatasi dengan menyediakan peralatan yang secukupnya, membuat pembinaan teres yang sebaiknya dan memerlukan kemahiran untuk membuang tunggul kayu yang terlalu dekat dengan tanaman.
 

No comments:

Post a Comment