Wednesday 3 August 2016

CERITAKU SEMASA BERSAMA KAWAN DI PANTAI "OCEAN BEACH" LUNDU, SARAWAK.

Kisah manis ini berlaku pada bulan Disember 2014 di sebuah pantai yang terletak di Lundu Sarawak. Saya bersama kawan ketika itu ingin meluangkan masa bersama dan membuang rasa tegang akibat kehidupan di kota yang selalu busy serta bising dengan kenderaan yang lalu lalang. Pada hari tersebut, sebelum memulakan perjalanan, kami berkumpul di rumah kawan dan membeli barang makanan seperti keropok dan ayam untuk aktiviti BBQ di tepi pantai. Kami memulakan perjalanan pada jam 12 tengah hari dari bandar kuching. perjalanan ke pantai Ocean Beach di lundu itu mengambil masa 2 jam setengah dengan kelajuan 90-100 km/j. Setelah tiba di Bandar Lundu, kami pergi ke market melihat pelbagai jenis sayur yang dijual oleh warga tempatan. Selepas itu, kami meneruskan perjalan ke Ocean Beach yang tidak jauh dari pasar Lundu.  

 

Tibanya di pantai, kami menyediakan peralatan untuk BBQ. Kenangan ketika itu sangat mengembirakan. Semua kawan-kawan berseronok dan masing-masing selfie di kawasan pantai. Ketika itu, ada yang memasak, ada yang mandi di pantai dan mendengar lagu sambil bersembang di pondok. Suasana di pantai sangat tenang dengan tiupan angin yang agak kencang walaupun cuaca agak panas

Setelah hidangan siap untuk dimakan, kami semua makan bersama. Suasana ketika itu sangat menyeronokan kerana masing-masing bergurau dan berkongsi cerita yang lucu-lucu. Setelah itu, kami menyambung semula aktiviti bermain di tepi pantai. kenangan bersama kawan ketika itu sangat indah bagi saya dan tidak akan dilupakan. 

Obor-obor yang dijumpai mati di tepi pantai.

Kenangan yang indah bersama kawan-kawan. 
by : Steveen Ben Yiwen 


Monday 1 August 2016

Projek Latihan Industri sebagai pelajar estet Institut Pertanian Sarawak



LATAR BELAKANG PROJEK / PENYELENGGARAAN


            Sepanjang amali di ladang dijalankan, kami telah melakukan banyak aktiviti penyelenggaraan di tempat-tempat penanaman.Antara tempat-tempat penanaman tersebut termasuklah di kebun getah, kebun kelapa sawit, kebun koko, kebun lada dan kebun mata tunas.Setiap kawasan tersebut perlu diuruskan dan diselenggara untuk mengekalkan kesuburan dan pertumbuhan tanaman.
            Kawasan yang pertama ialah kebun getah.Kebun getah ini terletak di Unit Tanaman Industri.Kawasan ini mempunyai keluasan iaitu 4.2 hektar dan terdapat sebanyak 1,600 pokok getah sudah ditanam yang mempunyai 3 blok iaitu blok A, B, dan C. Klon yang ditanam ialah RRIM 712, RRIM 600, PR 261 dan PB 260. Kawasan kebun mata tunas pula berhampiran dengan kebun getah. Pokok mata tunas ini telah ditanam pada tahun 2013 dengan keluasan 0.75 hektar dan klon yang ditanam ialah RRIM 929, RRIM 928, RRIM 2023, RRIM 3001, RRIM 2025 dan PB 350. Kawasan ini ditubuhkan berhampiran mungkin untuk memudahkan aktiviti penjagaan getah. Jumlah pokok mata tunas pada mula-mula ditanam ialah sebanyak 360 pokok dan jumlah tersebut telah berkurangan disebabkan banyak yang sudah mati.
            Selain itu, kami juga melakukan aktiviti penyelenggaraan di kebun kelapa sawit.Kawasan kebun kelapa sawit berkeluasan 2.03 hektar dan mempunyai beberapa blok iaitu Blok A, B, C, D dan E. Jumlah pokok kelapa sawit di kesemua blok ialah 283 pokok. Penanaman anak pokok kelapa sawit di tanah yang baru dibuka yang berhampiran dengan Blok A akan menambahkan lagi jumlah pokok kelapa sawit. Sebanyak 29 anak pokok kelapa sawit yang baru telah ditanam di kawasan tersebut.Penjagaan yang rapi perlu dilakukan terhadap pokok tersebut untuk mengekalkan kesuburan dan mutu buah yang dihasilkan oleh pokok tersebut suatu hari nanti.
            Kawasan yang seterusnya ialah di kebun lada.Kawasan bagi tanaman lada ada dua tempat iaitu berhampiran dengan tanaman koko dan di Unit Tanaman Industri.Akan tetapi kawasan kebun lada hitam di Unit Tanaman Industri tidak diusahakan lagi. Sebanyak 400 pokok lada telah ditanam pada tahun 2007 dan sebanyak 200 sahaja yang masih hidup dan dijaga sampai sekarang. Keluasan bagi kawasan tanaman lada sekarang ialah 0.02 hektar.Jumlah tersebut akan bertambah disebabkan oleh pembukaan kawasan yang baru bagi menambahkan lagi jumlah pokok lada tersebut pada masa akan datang.
            Di samping itu, kami juga melakukan aktiviti penyelenggaraan di unit koko yang berhampiran dengan tanaman lada.Keluasan kawasan tersebut ialah 0.31 hektar.Jumlah pokok koko yang ditanam pada tahun 2007 ialah sebanyak 400 pokok.Jumlah ini telah bertambah hasil daripada penaman pokok yang baru pada tahun 2014 sebanyak 470 pokok. Akan tetapi jumlah tersebut semakin berkurang kerana pokok tersebut telah banyak yang sudah mati.Akibat daripada itu, kawasan tersebut telah dibersihkan untuk digunakan bagi penanaman lada.
 Antara Projek yang Diamanahkan Kepada Saya.

Bil
Kategori
1
Getah
2
Kelapa sawit