Wednesday, 3 August 2016

CERITAKU SEMASA BERSAMA KAWAN DI PANTAI "OCEAN BEACH" LUNDU, SARAWAK.

Kisah manis ini berlaku pada bulan Disember 2014 di sebuah pantai yang terletak di Lundu Sarawak. Saya bersama kawan ketika itu ingin meluangkan masa bersama dan membuang rasa tegang akibat kehidupan di kota yang selalu busy serta bising dengan kenderaan yang lalu lalang. Pada hari tersebut, sebelum memulakan perjalanan, kami berkumpul di rumah kawan dan membeli barang makanan seperti keropok dan ayam untuk aktiviti BBQ di tepi pantai. Kami memulakan perjalanan pada jam 12 tengah hari dari bandar kuching. perjalanan ke pantai Ocean Beach di lundu itu mengambil masa 2 jam setengah dengan kelajuan 90-100 km/j. Setelah tiba di Bandar Lundu, kami pergi ke market melihat pelbagai jenis sayur yang dijual oleh warga tempatan. Selepas itu, kami meneruskan perjalan ke Ocean Beach yang tidak jauh dari pasar Lundu.  

 

Tibanya di pantai, kami menyediakan peralatan untuk BBQ. Kenangan ketika itu sangat mengembirakan. Semua kawan-kawan berseronok dan masing-masing selfie di kawasan pantai. Ketika itu, ada yang memasak, ada yang mandi di pantai dan mendengar lagu sambil bersembang di pondok. Suasana di pantai sangat tenang dengan tiupan angin yang agak kencang walaupun cuaca agak panas

Setelah hidangan siap untuk dimakan, kami semua makan bersama. Suasana ketika itu sangat menyeronokan kerana masing-masing bergurau dan berkongsi cerita yang lucu-lucu. Setelah itu, kami menyambung semula aktiviti bermain di tepi pantai. kenangan bersama kawan ketika itu sangat indah bagi saya dan tidak akan dilupakan. 

Obor-obor yang dijumpai mati di tepi pantai.

Kenangan yang indah bersama kawan-kawan. 
by : Steveen Ben Yiwen 


No comments:

Post a Comment