Keunikan Pakaian Traditional Bangsa IBAN Sarawak
Ngepan digunakan semasa perayaan seperti
"Hari Gawai" . Ngepan Iban' atau juga dikenali sebagai Ngepan
Indu Iban merupakan pakaian tradisi wanita suku kaum iban. Asal usul ngepan
indu iban dipercayai berasal daripada seorang gadis yang bernama Kumang pada
zaman dahulu. Kumang merupakan seorang wanita yang sangat baik dalam kalangan
wanita iban terdahulu. Beliau seorang wanita yang pandai membuat sebarang kerja
wanita seperti bertenun, ngebat, membuat anyaman dan lain-lain. Selain itu,
beliau dahulu bukan sahaja terkenal dengan kecantikan beliau tetapi beliau
mempunyai sikap yang baik kepada orang lain.
Kemahiran yang ada pada
Kumang telah menghasilkan pakaian tersebut telah menjadi rujukan sebagai
pakaian tradisional bagi masyarakat iban. Lengkap dengan perhiasaan perak,
tembaga, manik dan kain yang dibuat daripada pelbagai corak telah menjadikan
Kumang sebagai model bagi pakaian tradisional ini.
Cara pemakaian Ngepan Indu
Iban ini biasanya mempunyai maksud yang tertentu bagi setiap perhiasan yang
dikenakan. Sekiranya, pengguna yang memakai ngepan dengan sesuka hati, ia boleh
memberi kesan yang negatif kepada pakaian tradisional budaya masyarakat iban
dan juga cara permakaian yang salah boleh menyebabkan pemakainya dipandang
serong.
Sebagai contoh, sugu
tinggi yang digunakan sepatutnya sememangnya tinggi daripada sugu tinggi yang
lain. Ini kerana Sugu tinggi yang rendah adalah untuk isteri orang ataupun
janda. Selain itu, corak ngepan kain bagi seorang gadis haruslah terang
warnanya. Ini menunjukan perempuan tersebut boleh dijadikan sebagai isteri.
Secara keseluruhannya,
pengekalan pakaian tradisional ini amat penting supaya generasi masa kini dan
hadapan dapat mengetahui budaya pakaian tradisional kaum Iban teruntamanya
pakaian tradisional perempuan kaum Iban di Sarawak. Keunikan dan keistemewaan
yang ada pada pakaian ini menunjukkan ketinggian budaya sebagai pakaian
kebudayaan masyarakat Iban di Malaysia.
No comments:
Post a Comment